Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Friday, August 7, 2009
Tuesday, July 14, 2009
Konspirasi Liwat DSAI
Ramai yang mengetahui kes Dato’ Sri Anwar Ibrahim, seperti jua kes liwat beliau yang mana kita tidak tahu lagi ianya benar atau salah, namun bukan itu yang mahu dibincangkan. Perbincangan ini bukan berkisar tentang tuduhan, fitnah atau tomahan tetapi ianya hanyalah membincangkan kenapa perlu atau mengapa kes liwat ini wujud. Harap ianya dapat membawa kita berfikir secara rasional dalam perkara ini.
Terdapat 2 perkara utamanya sekiranya kita berbincang tentang kes liwat DSAI ini, yakni:-
1) Liwat sememangnya berlaku
2) Liwat tidak pernah berlaku.
Tidak perlulah kita membincangkan perkara pertama (1), kerana kebenaran hanya mereka berdua dan Allah sahaja yang tahu.
Namun yang menarik yang dibincangkan ialah perkara (2) dimana liwat tidak pernah berlaku dan kemungkinan ini adalah konspirasi dan terbahagi kepada:-
1) Konspirasi Barisan Nasional.
2) Konspirasi Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI)sendiri
3) Konspirasi Petualang Bangsa
Konspirasi Barisan Nasional.
Apakah faedah BN mereka-reka cerita liwat ini? Sudah tentulah untuk menjatuhkan maruah DSAI dan jua menghancurkan politik PKR umumnya dan DSAI khususnya. Mungkin konspirasi ini direka dari kalanggan pemimpin tertinggi BN atau mungkin kalangan ahli BN tidak mustahil jua musuh-musuh DSAI ketika berada didalam UMNO/BN sendiri.
Namun adakah ini sahaja “point” yang Barisan Nasional ada untuk menjatuhkan DSAI? Telah diketahui umum bahawa kes liwat DSAI yang lalu tidak memberi kesan kerana DSAI hanya disabitkan oleh kerana menyalah guna kuasa (menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan). Tidak diketahui mengapa DSAI ingin menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan? Mungkin kerana beliau tidak mahu terjerat dalam kes liwat yang dirancang oleh musuh-musuh nya atau sememangnya kes ini berlaku. Setakat ini tiada bukti setakat ini.
Konspirasi Dato Sri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan kemungkinan yang menarik untuk dibincangkan, kerana mungkin konspirasi ini datang dari DSAI sendiri. Mengapa ianya dikatakan mungkin konspirasi DSAI sendiri dan mengapa perlu DSAI mereka-reka cerita atau mengadakan konspirasi ini? Dengan mengada-adakan perkara ini ianya akan menjatuhkan maruah beliau sendiri dan apakah faedahnya? Seandainya konspirasi ini dapat menjatuhkan Barisan Nasional(UMNO) dan menguatkan keyakinan rakyat, kenapa tidak?
DSAI adalah seorang bijaksana, jadi perkara ini tidak sukar untuk dilaksanakan. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan dan diteliti untuk menguatkan kemungkinan perkara ini adalah seperti:-
1) Sokongan rakyat ketika DSAI dipecat daripada jawatan TPM.
2) Kes terdahulu, DSAI tidak disabitkan hukuman kerana liwat.
3) DSAI boleh mengunakan kes liwat ini sebagai isu politik dan untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya percaya ini merupakan konspirasi Barisan Nasional.
4) Kesemua mangsa liwat yang dituduh terlibat merupakan orang2 rapat DSAI sendiri. Maka ianya sungguh mudah untuk DSAI merancang konspirai ini.
5) DSAI mengabungkan atau melembutkan DAP dan PAS untuk bergabung.
Mungkin tidak sukar bagi DSAI untuk merancang perkara ini, sebagaimana umum tahu kes lalu DSAI tidak bersalah maka dengan wujudnya kes liwat yang baru ini maka DSAI memberikan gambaran kepada rakyat untuk diberfikir ini mungkin merupakan satu lagi konspirasi Barisan Nasional. ..
Sebagaimana umum tahu Saiful merupakan orang rapat DSAI, adakah kemungkinan Saiful tidak diliwat langsung oleh DSAI? Mungkin ada kebenaranya, ini kerana tindak tanduk Saiful sendiri yang terus berjumpa Dato Sri Najib(kenapa tidak terus lapor kepada Polis?) berkaitan isu ini. Adakah untuk melibatkan DSNAR dlam kes ini, maka Saiful perlu berjumpa DSNAR?
Mungkinkah isu kes liwat ini memberi impak positif kepada DSAI ketika bertanding pilihan raya Parlimen Permatang Pauh? Adakah ianya telah dirancang?
Apakah keuntungan yang DSAI perolehi melalui isu liwat ini?
1) Seandainya DSAI tewas dalam kes liwat, simpati rakyat terhadap DSAI mungkin akan memuncak. DSAI boleh menyalahkan sistem perundang dan kehakiman seandainya tewas dan menuduh ini merupakan konspirasi BN. Ini mungkin akan memberikan kesan kepada PRU-13 nanti.
2) Seandainya beliau menang, DSAI juga boleh mensabitkan bahawa kes ini merupakan konspirasi BN. Melalui kemenangan tersebut rakyat menyokong DSAI, kerana berada dipihak yang benar.
Jadi menang atau kalah kes ini, ianya akan memberikan impak yang negatif kepada Barisan Nasional ditambah-tambah seandainya ada dikalangan ahli Barisan Nasional memihak atau menyokong kepada Saiful. Harap-harap seandainya Saiful tewas nanti, tidaklah timbul isu pula bahawa Saiful mengaku bersalah dan menyatakan ianya konspirasi BN? Ini akan memberi kesan yang amat besar..sama-samalah renungkan.
Konspirasi Petualang Bangsa.
Mengapa adanya mungkin konspirasi liwat ini datang dari petualang? Seandainya konspirasi ini bukan dari DSAI atau Barisan Nasional, siapakah yang memjadi petualang bangsa ini? Seandainya liwat tidak pernah berlaku, maka hanya Saiful yang tahu (yang DSAI tahu ialah adanya tuduhan palsu terhadap beliau). Jadi seandainya tiada liwat namun Saiful menyatakan liwat berlaku, jadi mungkin petualang itu adalah Saiful kerana kes liwat ini menyebabkan perpecahan kaum Melayu dan melemahkan perpaduan Melayu diantara penyokong tegar(kuat) pihak UMNO, PKR dan PAS. Siapakah yang mahu melihat melayu berpecah belah dan lemah? Sama-sama kita renungkan..
Maka kesimpulannya..hanya Allah S.W.T, DSAI dan Saiful sahaja yang tahu kebenarnya…hakim mungkin akan menjatuhkan hokum berdasarkan bukti, namum masih banyak persoalan nanti yang akan timbul..bagi orang yang berkenaan fakir-fikirkanlah..

Wednesday, June 17, 2009
KISAH BENAR. ADIL KE TIDAK?
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.
Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda

Subscribe to:
Posts (Atom)