Sunday, January 10, 2010

Masalah Ekonomi Melayu dan Penyelesainya..

Kepincangan ekonomi Melayu berlaku oleh kerana pemerintahan British yang mengamalkan dasar “pecah” dan “perintah”. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Keadaan ini juga menyebabkan jurang pendidikan yang besar diantara kaum cina dan Melayu faktor besar kepincangan ini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971, boleh dikatakan dasar ini gagal mencapai matlamatnya (30 % pegangan ekonomi untuk orang Melayu). Dasar ini ada peningkatan namun ianya tidak mencapai matlamatnya. Adakah ianya 100% gagal atau kerana dasar ini mengambil masa yang bukan 20 tahun hingga 50 tahun untuk dinilai keberkesananya?

Mari kita ambil contoh kalau dilihat dalam bidang makanan khususnya restoran and kedai makan boleh dikatakan orang-orang Melayu rata-ratanya berjaya dalam bidang ini, pernah kah kita terfikir kenapa? Adakah dasar-dasar DEB membantu peniaga-peniaga ini secara langsung atau mungkin tiada kena mengena langsung? Mungkinkah mereka berjaya kerana faktor-faktor dibawah:
1) Kerana orang melayu pandai memasak?
2) Kerana sokongan orang Melayu yang suka makanan orang Melayu?
3) Adakah bekalan atau sumber yang murah?
4) Pinjaman diberikan oleh Bank?
5) Tender-tender dari Kerajaan?
6) Sokongan parti-parti tertentu?

Berdasarkan pemerhatian saya, orang Melayu berjaya dalam bidang ini kerana orang Melayu pandai serta berpengalaman memasak dan sokongan orang Melayu yang suka masakan orang Melayu serta bekalan bahan mentah yang dikawal harganya oleh Kerajaan dan harganya sukar untuk dimanupulasi oleh mana-mana pihak(kerana sering keluar media massa).

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga lain yang berniaga dalam bidang lain, seperti bengkel kereta/motor, penjual bingkai gambar(cermin), pembuat perabot, pembuat pagar/grill besi dan lain-lain. Adakah Dasar Ekonomi Baru menbantu golongan ini pada mula ianya diperkenalkan? Rata-rata kenalan saya yang mempunyai peniagaan dinyatakan diatas yang kini berumur linkungan 45 ~60 tahun tidaklah merasa secara langsung kesan DEB atau DPN dan ianya tidaklah 100% membantu. Namun pengenalan dasar ini menbuatkan mereka merantau dari kawasan pendalaman(kampung) ke bandar untuk merebut peluang untuk mencari rezeki. Oleh kerana tiada kewangan(modal) mereka mendirikan premis-premis setingan haram untuk berniaga(tidak seperti kaum cina yang diberikan premis oleh pihak British atas dasar “pemutihan” untuk mencegah dari anasir Komunis)
Namun apakah masalah mereka sehingga tidak dapat mengembangkan perniagaan mereka dan cabaran yang mereka hadapi?
1) Pinjaman bank yang sukar diluluskan(tiada sijil dan premis yang sah)
2) Pengalaman berniaga(contoh sebelum MARA ditubuhkan mekanik belajar dari bekas syarikat lama atau kawan2).
3) Premis sering berpindah randah(dihalau pihak peguatkuasa tempatan atau kerana kawasan tersebut ingin dibangunkan).
4) Tiada modal yang mencukupi disamping menyara kehidupan.

Mereka ini mungkin tidak dapat pendedahan atau bantuan dari Kerajaan, namun bukan ini yang mahu diperkatakan. Sering kali suara sumbang menyatakan orang melayu tidak bersaing dan kerajaan sering mempayungi orang-orang Melayu, ada juga berkata kerana orang melayu mundur kerana tidak bersaing dengan sihat(dasar payung kerajaan). Nah adakah golongan diatas tidak bersaing? adakah dibantu kerajaan?berapa banyak syarikat Melayu yang boleh dibantu oleh kerajaan dengan mengharapkan tender?
Janganlah asyik memandang golongan peniaga yang bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tender yang diberikan oleh kerajaan kepada kaum bumi hanya merawat luka supaya keadaan tidak menjadi lebih PARAH!! Ramai peniaga melayu diluar sana, tidak kira apa bidang yang diceburi yang tidak bergantung pada tender adakalanya seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Apakah penyebab utama mereka tidak dapat bersaing?
1) Harga barang yang dimanupulasi; menyebbkan perkhidmatan(upah) dinaikan.
2) Kurang sokongan dari pelanggan(kerna upah dan brang mahal).
3) Kurangnya pelanggan melayu(melayu sukar menbantu melayu sebb ekonomi pelanggan Melayu pun cukup2 makan;cari tempat yang murah).
4) Kaum cina yang mempunyai peganggan ekonomi yg kukuh tidk membantu melayu(mereka akan cari syarikat kaumnya sendiri; mungkin sebb murah)

Kawalan harga barang yang berkesan dari Kerajaan diperlukan supaya harga barang tidak mudah dimanupulasi. Kerajaan mempunyai media massa maka harga bekalan barangan perlu diwar-warkan supaya rakyat mudah mendapat maklumat. Masalah orang melayu ialah kurang membaca yang perkara menfaat; namun peka membaca kontrovesi atau provokasi kepartian(maka pembangkang perlu berkerjasama). Kerajaan perlu menyediakan sistem maklumat harga barang terkini dan tanda aras; jika tidak orang melayu akan sering ditindas.

Mungkin sudah terlambat untuk membantu pemilik syarikat yang rata2 berumur 40 tahun ~ 60 tahun dan kini tidak berjya; harap waris dapat meneruskan peniagaan dan mengembangkan peniagan; buat pinjaman jika perlu.

Bagaimana peniaga kaum cina di Malaysia berjaya sebagai pemborong atau orang tengah, apakah kelebihan mereka dan bagaimana mereka melakukannya?

Siapakah pemilik syarikat kaum cina yang memegang ekonomi 80% Malaysia? Adakah mereka dari generasi pemerintahan British?

Dasar Pendidikan Negara dan bantuan Kerajaan dari segi pendidikan menbantu kaum bumiputera dan penyumbang peningkatang ekonomi kaum Melayu…syabas; Namun ianya menyambil masa yang lama dan peluang graduan/pelajar/pelatih yang berpendidikan untuk mula berniaga dan merancakkan ekonomi Melayu..Beri peluang mereka untuk mencuba dasar agigahan kek ekonomi Negara!!

Apakah bidang lain yang perlu diceburi untuk membantu ekonomi orang Melayu dan bagaimana kaum cina boleh membantu!

No comments:

Post a Comment